thelyricsearch.com LYRIC

bpr


Kumpulan Bumiputra Rockers adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali ramai setelah menyertai "Pesta Hiburan Kingsway".

Bumiputra Rockers merupakan sebuah kumpulan pop/hard rock yang ditubuhkan oleh anak-anak Johor Bahru.

Bumiputra Rockers dianggotai oleh 5 orang ahli yang mana asalnya semua berambut panjang. Gabungan dari bekas ahli kumpulan pecahan seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times, kumpulan ini diilhamkan oleh Raja Rock Ramli Sarip, dan diurus oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity.