thelyricsearch.com LYRIC

XPDC


XPDC 1987 - 1994
Mael - Vokal
Izo - Lead Guitar
Zua - Bass Guitar
Lee Space - Drummer / Amy - Drummer

[sunting] XPDC 1994 - 2005
Ali - Vokal
Izo - Lead Guitar
Zua - Bass Guitar / Yan (Lefthanded) - Bass Guitar
Amy - Drummer / Lola (Kamikaze) - Drummer / Pae (Barongan) - Drummer

[sunting] REUNION XPDC - 2006
Mael - Vokal
Izo - Lead Guitar
Zua - Bass Guitar
Amy - Drummer

[sunting] Sejarah

[sunting] Awal penubuhan
Kumpulan XPDC lahir dari perpecahan kumpulan TRAGEDY. Kumpulan TRAGEDY merupakan nama asal kumpulan XPDC. Rashid

Kumpulan TRAGEDY hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zua. Nama kumpulan TRAGEDY kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK.Luv

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Untuk pengetahuan, pencipta lagu J.S.Kevin telah meninggal dunia pada 08/08/2003. Sedikit sebanyak XPDC kehilangan lagu-lagu hebat ciptaan J.S.Kevin.Cik Zarith

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi TERRA ROSSA). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Kumpulan SEARCH kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas drummer BARONGAN.)

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan kumpulan VIPER. Yan LEFTHANDED menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album 'Kita Peng-Yu'.

XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul 'Apa Nak Dikata' dan 'Sakinah.' Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.

Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.

Lagu 'Apa Nak Dikata' merupakan salah satu lagu yang amat popular dan sering dimainkan oleh band-band anak muda ketika sedang 'jamming.'



Song lyric Abadikah Tragedi ABADIKAH TRAGEDI XPDC
Song lyric Aku Dan Sesuatu AKU DAN SESUATU XPDC
Song lyric Aku Masih Di Sini AKU MASIH DI SINI XPDC
Song lyric Aku Masih Disini AKU MASIH DISINI XPDC
Song lyric Aku Tetap Aku AKU TETAP AKU XPDC
Song lyric Apa Nak Dikata APA NAK DIKATA XPDC
Song lyric Apa Nak Dikata (Unmetal) APA NAK DIKATA (UNMETAL) XPDC
Song lyric Bukan Milik Aku BUKAN MILIK AKU XPDC
Song lyric C.I.N.T.A. C.I.N.T.A. XPDC
Song lyric C.I.N.T.A. K.I.T.A C.I.N.T.A. K.I.T.A XPDC
Song lyric Cekal CEKAL XPDC
Song lyric Cermin Dunia CERMIN DUNIA XPDC
Song lyric Cinta Kenangan Silam CINTA KENANGAN SILAM XPDC
Song lyric Ct Cinta Kenangan Silam CT CINTA KENANGAN SILAM XPDC
Song lyric Curahan Rasa CURAHAN RASA XPDC
Song lyric Gerak 2000 GERAK 2000 XPDC
Song lyric Hentian Ini HENTIAN INI XPDC
Song lyric Hijau Bumi Tuhan HIJAU BUMI TUHAN XPDC
Song lyric Impian Seroja IMPIAN SEROJA XPDC
Song lyric Lagu Dari Aku LAGU DARI AKU XPDC
Song lyric Langsung Tak Faham LANGSUNG TAK FAHAM XPDC
Song lyric Nafisa NAFISA XPDC
Song lyric Rasopariso RASOPARISO XPDC
Song lyric Sakinah SAKINAH XPDC
Song lyric Sedekah SEDEKAH XPDC
Song lyric Selendang Merdeka SELENDANG MERDEKA XPDC
Song lyric Semangat Perjuangan Harmoni SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI XPDC
Song lyric Semangat Yang Hilang SEMANGAT YANG HILANG XPDC
Song lyric Tanggis Darah TANGGIS DARAH XPDC
Song lyric Teman TEMAN XPDC
Song lyric Titian Perjalanan TITIAN PERJALANAN XPDC