thelyricsearch.com LYRIC

FATWA PUJANGGA
Aishah


T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

( korus )
Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua


AISHAH

Wan Aishah binti Wan Ariffin is a singer from Malaysia. She as also part of the band Aishah and The Fan Club.

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara solo. ... Read More