thelyricsearch.com LYRIC

SENANDUNG LEBARAN
Aishah


Berbaju kebaya berselindang panjang
Berseri di muka di hari lebaran
Aduhai manis sungguh dipandang
Tambahlah berseri hari raya

Pemuda yang tampan tak kurang hebatnya
Layaknya pahlawan gerak dan langkahnya
Bersongkok mereng tersenyum mesra
Sekali pandang hati berkenan

( korus )
Joget berjoget
Kita sama bergembira
Abang dan adik
Janganlah lupa batasannya

( 4 )
Sila adik abang jamulah selera
Lemang serta rendang tersedia
Wajik dan ketupat dodol juga ada
Pilih mana yang abang suka

Di hari mulia hari bahagia
Mari bermaafan bersamalah kita
Kepada yang tua jangan lupa
Doakan syukur dan ceriannya

( ulang korus & 4 )

( 6 )
Marilah berjoget senandung lebaran
Sila abang adik janganlah segan
Setahun sekali kita bergembira
Riang hati di hari raya

( ulang 6 )


AISHAH

Wan Aishah binti Wan Ariffin is a singer from Malaysia. She as also part of the band Aishah and The Fan Club.

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara solo. ... Read More