thelyricsearch.com LYRIC

ENGGAN
Fauziah Latiff


Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah

Enggan dipersia
Enggan berkelanan
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa akur berdoa
Enggan kecewa

Nak ku mimpi tapi enggan terlena
Ku dan sepi nan terintim
Ku disaksi oleh jelapang kasih
Nan terbentang kekeringan
Aku sebenarnya insan yang dahaga
Cinta tapi tidak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cinta mu enggan mengundang

Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan
Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang

Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas

Nak ku mimpi tapi enggan terlena
Ku dan sepi nan terintim
Ku disaksi oleh jelapang kasih
Nan terbentang kekeringan
Aku sebenarnya insan yang dahaga
Cinta tapi tidak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cinta mu enggan mengundang

Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan
Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang
Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas


FAUZIAH LATIFF

Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff (born 5 December 1970 in Perak, Malaysia) is a Malaysian singer and actress. Latiff first appeared to the world performing at a charity concert at Stadium Merdeka in 1987. Talent scouts from Happy Records spotted her and offered her her first recording contract. She is referred to as "Jee" by her fans.

Latiff was one of the three judges of Malaysian Idol, a reality singing competition that is part of the Idol series. ... Read More