thelyricsearch.com LYRIC

DAMBA CINTAMU
Raihan


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat


RAIHAN

Raihan (Fragrance of Heaven in Arabic) is a Malaysian Nasheed group originally composed of five members that took Malaysia by storm with the release of their debut album Puji-Pujian in October of 1996. This group comprised of Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim and Azhari Ahmad as the leader. However, on 29 August 2001, one of the founding members/header, Azhari Ahmad, died of a heart attack shortly after attending the Era Awards ceremony in Genting Highlands, Pahang. ... Read More