thelyricsearch.com LYRIC

KITA SALING MENYAYANGI
Samudera


Tak perlu kau nyatakan
Tak perlu kau luahkan
Tak perlu kau bisikkan rindu
Aku mengerti kini kau masih sayang

Lupakan kisah silam
Sengketa yang memilukan
Padu kasih ikrarkan janji
Cinta antara kau dan aku, sayang

Kuimpikan bahagia bersama membina cinta
Teguhkan kasih ikatan mesra satukan rasa

Semoga rasa yang kita rasakan
Abadikan kekal selamanya
Kerana antara kita saling menyayangi

Tak perlu kau sentuh untuk merasakan
Tak perlu rasa untuk engkau fahami
Tak perlu faham untuk menyayangi
Kerana kasih 'kan membina janji

Kuimpikan bahagia bersama membina cinta
Teguhkan kasih ikatan mesra menyatukan asmara

Lupakan kisah silam
Sengketa yang memilukan
Padu kasih ikrarkan janji
Cinta antara kau dan aku, sayang


SAMUDERA