thelyricsearch.com LYRIC

KUDUS SINARMU
Siti Nurhaliza


Usah ditanya di hamparan mana
Tika terlena melata berkelana
Sesayup angkasa pun pergi
Selembah turuni
Di mana berdiri
Mata tutup tak berhati

Bagai bahtera kemudi diuji
Garis tertentang imbanglah haluannya
Berulang renung lapis langit
Nipisnya ragaku
Bukalah kelopak kudus sinarmu

Dia kekasih kasihnya memutih
Dia tercinta hadirnya tiap tika
Luhurnya teguh paut hati berkata
Sanubari idam pelukannya

Bagai bertemu rahsia
Penawar gelita
Hadir dalam damai titis... siramnya
Sinar kealpaan bak pelangi
Indah penuh warna
Dusta noda mata

Jika selaut cinta
Tulislah kalimatnya
Pastikan surut
Meski selaut jua

Serlah cendala jiwa
Insankan seharusnya
Jaharkan syahdu
Detik sesaat itu

Bagai satu cerita
Tafsirlah sebaliknya
Cuba mencari makna
Apakah hakikatnya


SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza (now Dato' Siti Nurhaliza) (born on January 11, 1979, in Kuala Lipis, Pahang, Malaysia) is a multiple-award winning Malaysian pop singer-songwriter. She is currently the most successful Malaysian singer. While there have been artists from Malaysia who reached international stardom but left the country in their pursuit of success, Siti Nurhaliza's career was planted and blossomed locally and as predicted, she has become an international icon respectively. ... Read More