thelyricsearch.com LYRIC

RAHSIA SEMALAM
Ziana Zain


Seandainya dapat ku ulangi
Semalam yang penuh bererti
Kan ku cuba sedayanya
Agar cinta 'kan bersemi

Akan kusulam renda pelangi
Ku jadikannya cindai sutera
Penyeri jendela kamarmu
Biar alam termangu

Tak akan aku biarkan
Malapnya kerdipan
Sinaran bintang di langit
Teman tidurmu
Akan ku pancarkan
Kilauan mutiara
Disaksikan bulan pernama

Akan ku bait puisi syahdu
Diiringi senandung rindu
Ditinta emas terukir namamu
Namaku bersatu

Untuk apa dirindui
Bulan yang tinggi
Sedangkan di bumi
Masih tak ku kenali
Dalam hati ini
Rahsiaku tersimpan
Melayari bahtera impian


ZIANA ZAIN

Siti Roziana binti Zin (born May 2, 1968 in Kampung Simpang Merpati, Malacca, Malaysia), known by her stage name Ziana Zain is a Malaysian pop singer-songwriter, model, entrepreneur and actress. Taking the local music scene by storm in the early `90s, Ziana captivated fans with her signature single, Madah Berhelah. Since then, there was no turning back for the Ziana, who mesmerised the music scene with hits like Anggapanmu, Setia Ku Di Sini and Puncak Kasih. ... Read More